|
TENTANG PERSATUAN : Persatuan ini ditubuhkan pada 12 November 1987 di Pusat Bahasa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Petaling Jaya (kampus lama) Ia didaftarkan secara resminya di Pejabat Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 22 Jun 1989 mengikut perkara 7 Akta Kesatuan dan Pertubuhan Malaysia tahun 1966. Pada tahun 1991, ibu pejabat persatuan telah berpindah ke Pusat Islam Malaysia setelah menandatangani Perjanjian Persefahaman antara persatuan dan Jabatan Kebajikan Hal Ehwal Islam Malaysia (JAKIM). Prof Datuk Dr Ismail Ibrahim telah dipilih sebagai Yang di Pertua Persatuan Bahasa Arab yang pertama. Beliau terpilih beberapa kali mengetuai persatuan sehingga tahun 2005. |
|---|---|
ANTARA MATLAMAT PERSATUAN :
Dengan sebab itu, keanggotaan persatuan terbuka kepada mana-mana rakyat Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun, yang selari dengan matlamat persatuan seperti yang termaktub pada undang-undang tubuh persatuan dan cukup syarat-syarat serta disahkan oleh jawatankuasa pelaksana persatuan.
|
![]() |